KLIK TAU

Sabtu, 22 Juni 2013

AIR MANI LANCAR DAN SUBUR:CAMNI CARANYA

Agar boleh menyuburkan sel telur, sperma harus dapat bergerak lincah agar dapat mencapai saluran. Malangnya, banyak keadaan yang membuat sperma menjadi lemot tak berdaya.
Berikut beberapa petua untuk membuat sperma menjadi lincah dan kuat, seperti dilansir menshealth, Sabtu (22/6/2013):
1. Vitamin D
Sebuah kajian menunjukkan bahawa lelaki dengan jumlah vitamin D tinggi dalam darah mempunyai sperma perenang terbaik. Penyelidik yang mengambil sampel darah dan sperma dari 300 lelaki selama setahun mendapati bahawa lelaki dengan vitamin D terbanyak di darah, rata-rata 14 peratus lebih mungkin menjadi 'progressively motile', yang bermaksud sperma boleh menggeliat lebih cepat berbanding dengan orang-orang dengan kadar vitamin D rendah.
"Vitamin D memulakan siri isyarat yang membolehkan ekor sperma berputar lebih cepat. Dengan ekor yang lebih cepat bermakna sperma lebih cepat menerobos dinding luar dari sel telur dan menghasilkan persenyawaan," kata penulis kajian Martin Blomberg Jensen, MD.
Dalam kajian ini, belum jelas vitamin D yang diperolehi dari cahaya matahari atau makanan tambahan yang boleh menghasilkan sperma lebih kuat.
2. Makan lebih banyak folat
Lelaki yang tidak mendapat cukup folat, yang juga disebut vitamin B9, menghasilkan sperma 20 peratus lebih banyak mengandung kromosom tambahan, yang boleh menyebabkan sindrom Down dan cacat lahir lain. Makanlah bijirin yang diperkaya folat untuk sarapan. Bayam dan asparagus juga kaya dengan folat.
3. Kurangkan makanan yang mengandungi lemak trans
Kajian terbaru yang dilakukan Harvard University mendapati bahawa lelaki dengan tahap asid lemah trans tertinggi dalam air mani akan mempunyai jumlah sperma terendah.
Lemak trans merupakan lemak jahat yang banyak terdapat dalam goreng-gorengan. Di dalam tubuh, kadar lemak trans yang terlalu tinggi tidak hanya mengurangkan kualiti sperma tetapi juga menyebabkan pelbagai gangguan jantung dan pembuluh darah kerana dapat meningkatkan kadar kolesterol jahat.
4. Rutin berhubungan seks
Berhubungan seks (atau masturbasi) sekurang-kurangnya sekali seminggu sudah boleh menurunkan kerosakan DNA sperma dari 34 peratus kepada 26 peratus, menurut satu kajian di Australia.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

KLIKLA BRO